iSI KANDungan
Kong zhi meminta
tunjuk ajar budak kecil- cerita kaum cina
Kura-kura
pintar- cerita kaum iban
Burung
layang-layang- cerita kaum kadazan
Kong zhi meminta
tunjuk ajar budak kecil
Kong Zhi merupakan seorang
sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman dahulu. Pada suatu hari,
Kong Zhi dan muridnya pergi ke sebuah tempat dengan menaiki kereta kuda. Dalam
perjalanan, mereka bertembung dengan seorang budak yang berumur 6 tahun. Budak
itu sedang bermain di tengah jalan. Anak murid Kong Zhi yang melihat keadaan
ini, mengarahkan budak itu ke tepi. Budak kecil itu menjawab, “ Di sini ada
sebuah kota, elok tuan cari jalan lain untuk lalu dari sini.”
Anak murid
Kong Zhi nampak sebuah kota batu yang dibina di atas jalan. Anak murid Kong Zhi
berasa lucu dan berkata, “ Budak nakal, cepat beri laluan! ”.
Budak
kecil itu berkeras untuk tidak bergerak. Dia berkata, “ Boleh, dengan syarat
tuan dapat menyatakan kebenaran. Adakah kota saya perlu elakkan kereta tuan
atau tuan yang perlu elakkan kota saya? Sejak dahulu lagi, keretalah yang
berjalan mengelilingi kota, mana ada kota yang beri laluan kepada kereta! ”
Kong
Zhi yang tertarik dengan percakapan budak itu, turun dari kereta kuda dan
berkata, “Kata-kata kamu memang benar, tetapi kami kesempitan masa. Bolehkan
kamu berikan kami laluan?”
Budak kecil itu pula berkata
lagi, “ Saya dengar tuan seorang yang berpengetahuan luas. Kalau tuan dapat
menjawab soalan saya, saya akan beri laluan kepada tuan.
Kong Zhi bersetuju dengan
cadangan itu. Budak kecil menunjukkan kea rah langit dan bertanya, “ Kita boleh
nampak bintang di langit. Berapa banyak bintang di langit?
Kong Zhi menjawab, “ Tetapi
bintang di langit terlalu banyak. Bagaimanakah boleh kita mengiranya?”
Budak kecil berkata lagi, “ Bintang
di langit banyak. Matahari pula satu sahaja. Pada waktu pagi, matahari menjadi
besar tetapi kecil semasa tengah hari. Bolehkah tuan memberitahu saya, bilakah
matahari paling dekat dan paling jauh dari kita?”
Kong Zhi terkejut dengan
soalan budak kecil itu. Beliau berfikir sejenak. Kemuadian beliau berkata, “ Saya sangat
menyesal. Walaupun saya berpengetahuan tetapi masih tidak cukup. Silalah beri
tunjuk ajar kepada saya.”
Budak kecil melihat Kong Zhi
begitu bersopan, dia pun memberi laluan kepada mereka.
Sejak itu, Kong Zhi mengajar
muridnya supaya mengaku jika tahu, dan jangan berpura-pura tahu jika tidak
tahu. Kita sepatutnya meminta tunjuk ajar daripada sesiapa yang berpengetahuan
kerana ilmu tiada batasnya.
Kura-kura pintar
Pada zaman dahulu, di Pulau Borneo tinggal seekor
kura-kura bujang yang yatim piatu. Dia berkwan dengan seekor kera yang nakal
dan tidak bertimbang rasa. Apabila Si Kera tersebut mati, Si Kura-Kura
mengambil seruas tulang kera itu dan meminta Dewa Bubuk membuat seruling
untuknya. Si Kura-Kura menjadikan seruling itu mainannya. Seruling itu
dibawanya ke mana-mana dan ditiup semasa kesepian.
Kemerduan
tiupan seruling Si Kura-Kura itu telah sampai ke pendengaran Raja Ungka. Raja
Ungka berkeinginan untuk memiliki seruling itu. Setelah Berjaya memperdayakan
Si Kura-Kura, Raja Ungka dapat merampas seruling tersebut dan terus membawa
seruling itu naik ke mahligainya iaitu di kemuncak pokok Tapang Udang.
Bagi Si
Kura-Kura perbuatan Raja Ungka itu amat melampau. Dia sedaya upaya berusaha
untuk merampas kembali seruling kesayangannya itu. Si Kura-Kura mendapatkan
pertolongan daripada Ketam Gergasi. Dlam usaha untuk merampas seruling
tersebut, Raja Ungka mengalami kecederaan yang amat sangat kerana disepit oleh
Si Ketam Gergasi. Raja Ungka menggunakan perkhidmatan beberapa orang bomoh
untuk merawatnya. Akhirnya kecederaan itu membawa maut kepada Raja Ungka
disebabkan sikapnya yang tamak haloba
Burung
Layang-Layang
Dalam sebuah hutan yang tebal, tinggal seeker burung layang-layang
yang suka meniru.
Pada suatu
petang, burung layang-layang mendengar teriakan burung yang lain,“ Ke tepi, ke
tepi. Beri laluan kepada raja burung.” Burung laying-layang berasa hairan
dengan teriakan tersebut. Tidak lama kemudian, beberapa ekor burung merak
melalui kawasan itu. Burung laying-layang terpegun dengan kcantikan burung
merak. Maka, timbullah perasaan burung laying-layang ingin menjadi seperti
burung merak. Burung layang-layang menoleh ke kiri dan ke kanan lalu mendapati
beberapa helai bulu burung merak yang tercicir di atas tanah.
Apabila
kumpulan burung merak telah berlalu, burung layang-layang mengutip semua bulu
mereka yang tercicir di atas tanah dan menyisipkan ke badannya. Apabila
selesai, burung laying-layang berjalan di atas laluan burung merak tadi.
burung-burung lain berteriakan ,“ Ke tepi, ke tepi. Beri laluan kepada raja
burung.”
Burung
laying-layang berasa sangat seronok dan berjalan lebih pantas sehingga terlupa
tentang bulu-bulu burung merak yang disisipkan di badanya. Lalu, satu demi satu
bulu burung merak tertanggal dan tercicir di atas tanah.
Burung
lain yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah sambil berteriak,
“Rupa-rupanya burung laying-layang menyamar menjadi raja burung.”
Burung
laying-layang berlalu dari situ sambil menundukkan kepalanya kerana berasa
sangat malu.
Semasa
berjalan dengan kepala tertunduk, burung layng-layang telah terlanggar burng
merak. Apabila burung layang-layang mendongak, ia mendapati burung merak
berdiri di hadapannya dengan muka bengis. Burung merak berkata, “Kami tidak
suka kepada burung yang cuba menyamar menjadi burung lain. Pergi dari sini.”
Burung laying-layang segera
meninggalkan tempat tersebut. Semasa terbang, burung layang-layang ternampak
sekumpulan yang seakan-akan serupa dengan dirinya. Burung layang-layang
mendekati kumpulan burung tersebut. Seekor burung dalam kumpulan itu bertanya,
“Anda ahli dalam kumpulan inikah?” Burung layang-layang itu menjawab, “Ya, saya
ahli baru daam kumpulan ini.” Burung layang-layang berasa sangat gembira kerana
mendapat sahabat baru.
Kalau ada yang tersilap ejaan tolong betulkan yerrr
ReplyDelete