Friday 12 October 2012

Koleksi Cerita- Sivik



iSI KANDungan
Kong zhi meminta tunjuk ajar budak kecil- cerita kaum cina

Kura-kura pintar- cerita kaum iban

Burung layang-layang- cerita kaum kadazan












Kong zhi meminta tunjuk ajar budak kecil

Kong Zhi merupakan seorang sasterawan dan tokoh pemikir yang terkenal pada zaman dahulu. Pada suatu hari, Kong Zhi dan muridnya pergi ke sebuah tempat dengan menaiki kereta kuda. Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan seorang budak yang berumur 6 tahun. Budak itu sedang bermain di tengah jalan. Anak murid Kong Zhi yang melihat keadaan ini, mengarahkan budak itu ke tepi. Budak kecil itu menjawab, “ Di sini ada sebuah kota, elok tuan cari jalan lain untuk lalu dari sini.”
          Anak murid Kong Zhi nampak sebuah kota batu yang dibina di atas jalan. Anak murid Kong Zhi berasa lucu dan berkata, “ Budak nakal, cepat beri laluan! ”.
          Budak kecil itu berkeras untuk tidak bergerak. Dia berkata, “ Boleh, dengan syarat tuan dapat menyatakan kebenaran. Adakah kota saya perlu elakkan kereta tuan atau tuan yang perlu elakkan kota saya? Sejak dahulu lagi, keretalah yang berjalan mengelilingi kota, mana ada kota yang beri laluan kepada kereta! ”
          Kong Zhi yang tertarik dengan percakapan budak itu, turun dari kereta kuda dan berkata, “Kata-kata kamu memang benar, tetapi kami kesempitan masa. Bolehkan kamu berikan kami laluan?”
Budak kecil itu pula berkata lagi, “ Saya dengar tuan seorang yang berpengetahuan luas. Kalau tuan dapat menjawab soalan saya, saya akan beri laluan kepada tuan.
Kong Zhi bersetuju dengan cadangan itu. Budak kecil menunjukkan kea rah langit dan bertanya, “ Kita boleh nampak bintang di langit. Berapa banyak bintang di langit?
Kong Zhi menjawab, “ Tetapi bintang di langit terlalu banyak. Bagaimanakah boleh kita mengiranya?”
Budak kecil berkata lagi, “ Bintang di langit banyak. Matahari pula satu sahaja. Pada waktu pagi, matahari menjadi besar tetapi kecil semasa tengah hari. Bolehkah tuan memberitahu saya, bilakah matahari paling dekat dan paling jauh dari kita?”
Kong Zhi terkejut dengan soalan budak kecil itu. Beliau berfikir sejenak.  Kemuadian beliau berkata, “ Saya sangat menyesal. Walaupun saya berpengetahuan tetapi masih tidak cukup. Silalah beri tunjuk ajar kepada saya.”
Budak kecil melihat Kong Zhi begitu bersopan, dia pun memberi laluan kepada mereka.
Sejak itu, Kong Zhi mengajar muridnya supaya mengaku jika tahu, dan jangan berpura-pura tahu jika tidak tahu. Kita sepatutnya meminta tunjuk ajar daripada sesiapa yang berpengetahuan kerana ilmu tiada batasnya.









Kura-kura pintar
Pada zaman dahulu, di Pulau Borneo tinggal seekor kura-kura bujang yang yatim piatu. Dia berkwan dengan seekor kera yang nakal dan tidak bertimbang rasa. Apabila Si Kera tersebut mati, Si Kura-Kura mengambil seruas tulang kera itu dan meminta Dewa Bubuk membuat seruling untuknya. Si Kura-Kura menjadikan seruling itu mainannya. Seruling itu dibawanya ke mana-mana dan ditiup semasa kesepian.

          Kemerduan tiupan seruling Si Kura-Kura itu telah sampai ke pendengaran Raja Ungka. Raja Ungka berkeinginan untuk memiliki seruling itu. Setelah Berjaya memperdayakan Si Kura-Kura, Raja Ungka dapat merampas seruling tersebut dan terus membawa seruling itu naik ke mahligainya iaitu di kemuncak pokok Tapang Udang.

          Bagi Si Kura-Kura perbuatan Raja Ungka itu amat melampau. Dia sedaya upaya berusaha untuk merampas kembali seruling kesayangannya itu. Si Kura-Kura mendapatkan pertolongan daripada Ketam Gergasi. Dlam usaha untuk merampas seruling tersebut, Raja Ungka mengalami kecederaan yang amat sangat kerana disepit oleh Si Ketam Gergasi. Raja Ungka menggunakan perkhidmatan beberapa orang bomoh untuk merawatnya. Akhirnya kecederaan itu membawa maut kepada Raja Ungka disebabkan sikapnya yang tamak haloba




Burung Layang-Layang

Dalam sebuah hutan yang tebal, tinggal seeker burung layang-layang yang suka meniru.

          Pada suatu petang, burung layang-layang mendengar teriakan burung yang lain,“ Ke tepi, ke tepi. Beri laluan kepada raja burung.” Burung laying-layang berasa hairan dengan teriakan tersebut. Tidak lama kemudian, beberapa ekor burung merak melalui kawasan itu. Burung laying-layang terpegun dengan kcantikan burung merak. Maka, timbullah perasaan burung laying-layang ingin menjadi seperti burung merak. Burung layang-layang menoleh ke kiri dan ke kanan lalu mendapati beberapa helai bulu burung merak yang tercicir di atas tanah.
          Apabila kumpulan burung merak telah berlalu, burung layang-layang mengutip semua bulu mereka yang tercicir di atas tanah dan menyisipkan ke badannya. Apabila selesai, burung laying-layang berjalan di atas laluan burung merak tadi. burung-burung lain berteriakan ,“ Ke tepi, ke tepi. Beri laluan kepada raja burung.”
          Burung laying-layang berasa sangat seronok dan berjalan lebih pantas sehingga terlupa tentang bulu-bulu burung merak yang disisipkan di badanya. Lalu, satu demi satu bulu burung merak tertanggal dan tercicir di atas tanah.
          Burung lain yang menyaksikan kejadian tersebut ketawa berdekah-dekah sambil berteriak, “Rupa-rupanya burung laying-layang menyamar menjadi raja burung.”
          Burung laying-layang berlalu dari situ sambil menundukkan kepalanya kerana berasa sangat malu.
          Semasa berjalan dengan kepala tertunduk, burung layng-layang telah terlanggar burng merak. Apabila burung layang-layang mendongak, ia mendapati burung merak berdiri di hadapannya dengan muka bengis. Burung merak berkata, “Kami tidak suka kepada burung yang cuba menyamar menjadi burung lain. Pergi dari sini.”
          Burung laying-layang segera meninggalkan tempat tersebut. Semasa terbang, burung layang-layang ternampak sekumpulan yang seakan-akan serupa dengan dirinya. Burung layang-layang mendekati kumpulan burung tersebut. Seekor burung dalam kumpulan itu bertanya, “Anda ahli dalam kumpulan inikah?” Burung layang-layang itu menjawab, “Ya, saya ahli baru daam kumpulan ini.” Burung layang-layang berasa sangat gembira kerana mendapat sahabat baru.

1 comment: