Buku Skrap Ting 1 2012
DEFINISI
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran
udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.
JENIS BAHAN
PENCEMAR
1.Sulfur
dioksida
2.Karbon
monoksida
3.Nitrogen
dioksida dan ozon
4.Allergen
dan plumbum
5.Logam-logam
lain.
KESAN
PENCEMARAN UDARA
KESIHATAN
MANUSIA
Kesan utama
kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan
melambatkan tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah
dan mengurangkan fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan
menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas
ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paru-paru.Manakala
habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan
penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan
sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran
udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian
yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.
TUMBUHAN
Selain
itu,kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nerosis
iaitu keguguran daun,klorosis iaitu pertukaran warna dan pertumbuhan
terbantut.kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi
sebahagian penduduk juga akan mengalami masalah.
HAIWAN
Manakala
kesan pada haiwan ialah,haiwan tersebut akan terancam atau mati akibat dari
pencemaran udara.Hal ini terjadi disebabkan dari udara yang memasuki ke dalam
paru-paru haiwan melalui pemakanan haiwan tersebut dari sumber tumbuhan yang
tercemar akibat daripada pencemaran udara.
BAHAN
Kesan kepada
bahan juga adalah kerosakan yang berlaku akibat daripada pencemaran udara
seperti kekotoran pada pakaian,pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan
sebagainya.Hal ini disebabkan akibat daripada pengenapan asap atau zarah
halus.Selain itu,hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara
akibat kehadiran sulfur dioksida didalam udara.
PENYUSUTAN
LAPISAN OZON
Pencemaran
udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon
yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.Pendedahan terus
oleh cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit kansere kulit.Selain
itu,pancaran matahari yang terik juga boleh menyebabkan berlakunya pencairan
ais yang terletak di bahagian kutub bumi sehihgga menyebabkan berlaku
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
HUJAN ASID
Pencemaran
udara juga boleh menyebabkan berlakunya Hujan asid.Hal ini disebabkan oleh
penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan
kemudiannya menjadi asid sulfuric dan asid nitric.Asid tersebut akan terkumpul
di dalam awan kemudiannya bergerak ke tempat-tempat lain.Asid tersebut akan
turun bersama-sama dengan hujan dan terus menimpa pada permukaan hidupan yang
terdapat di dunia.Akibat daripada itu,ia akan membunuh tumbuhan dan juga
hidupan air.Selain itu,ia boleh menghakis pakaian,kertas dan bahan binaan
bangunan.Air hujan tersebut juga akan meresap ke dalam tanah sehingga menyebabkan kaliti tanah berkurangan dan
menjadikan tanah tersebut tidak subur dan megalami kerosakan struktur tanah.
KESAN RUMAH
HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL
Kesan yang
paling ketara yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan
pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.Pemanasan global
berpunca daripada kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon yang dapat
dirasakan oleh seluruh dunia.Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan
gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang
terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat dan persekitarannya menjadi panas.Kesan ini akan
menyebabkan,permukaan bumi menjadi panas,ekosistem terganggu,banjir aksn
berlaku secara kerap dan kejadian alam yang tidak normal akan berlaku
ATMOSFERA
Pencemaran
udara juga dapat member kesan terhadap atmosfera.Hal ini menyebabkan jarak
penglihatan manusia terjejas yang disebabkan oleh jerebu.Keadaan persekitaran
yang berjerebu akan menyebabkan kemalangan mudah berlaku
Langkah-Langkah
Mengatasi Pencemaran Udara
Penampalan ozon
Bahagian
ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui
penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan
dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu
menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal
pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.
Memperkenalkan undang-undang
Pihak
kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan
pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh,
industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber
merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap.
Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.
Penggunaan teknologi
Dengan
adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang
dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja
tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga
elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung
kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.
Kitar semula
Mengitar
semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti
plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang
sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran.
Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.
Cara mengekalkan
udara supaya bersih
Antara cara
untuk mengekalkan udara yang bersih:
1)Pengurangan
di punca
Aktivti
mengurangkan atau menghapuskan penghasilan sisa di dalam proses
Guna semula
Aktiviti
mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa dengan penghasilan bahan berguna
Rawatan
Aktiviti
mengurangkan isi padu dan ketoksikan sisa tanpa penghasilan bahan berguna
Pengubahsuaian
produk
Ubah
komposisi produk, Ubah formula, Ubah
kegunaan produk, Reka produk supaya boleh diguna semula
Pertukaran
bahan
Guna bahan
tulen,Guna bahan tidak toksik sebagai pelarut atau pencuci
Penukaran
teknologi
Ubah
proses,Ubah peralatan, saluran dan Ubah keadaan operasi
Perubahan
prosedur
Elak
kehilangan bahan mentah melalui
kebocoran atau tumpahan, Asingkan sisa,
Kendalikan sisa dengan baik
3)
Mengurangkan penggunaan CFC
Kloroflorokarbon
(CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am freon. Permusnahan
lapisan ozon adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan
aerosol biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi.
Kloroflorokarbon (CFC) digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk,
penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan
buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya,
pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC
mampu memusnahkan 1000 molekul ozon.
Oleh itu, sumber alternatif harus
digunakan untuk menggantikan kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon
(HCFC) . ‘
4)Perundangan
Pelbagai
undang undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar. Contohnya,
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,1985(pindaan)
Peraturan
ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah, Peraturan Kenderaan
Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar.
Peraturan
Kenderaan Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977)
Peraturan
ini menghadkan perlepasan asap kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.
Peraturan
Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978)
Di bawah
peraturan ini, Jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan kepada 1000
meter.
5)Mengitar
semula
Mengitar
semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti
plastic, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang
sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran.
Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.
thanks ... sangat membantu.. :D
ReplyDeleteBetul ckap Farah.:)
DeleteThanks for the information.. ;)
ReplyDelete....
ReplyDeletethankyou sesangat ! :)
ReplyDeletethanks... sangat berguna untuk PBS saya...:D
ReplyDeletewow!!! terbaek....x yah nak carik kat mana2 dah..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletetqvm:)
ReplyDeleteTq.. :)
ReplyDeletethankz sis.. i'ts help me.. :)
ReplyDeletekamsa hamida!!!!!!!!!!!
ReplyDeletei think im the last person
ReplyDelete